Webiner NADI x Kesejahteraan Kendiri
21 November 2024 | Aktiviti TerkiniPada 20 November 2024, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Melugu telah menyertai sesi Webiner NADI Kesejahteraan Kendiri yang diadakan menggunakan platform Google Meet. Webiner yang diadakan pada setiap petang hari Rabu ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan info terbaru, amalan terbaik saringan dan perkongsian-perkongsian yang lain.
Sesi webinar ini adalah mengenai inisiatif NADI4U iaitu tempat-tempat yang membolehkan petugas NADI menjalankan pemeriksaan kesihatan, mobilisasi saringan, cara mendaftar ahli yang ingin membuat pemeriksaan kesihatan dan inisiatif-inisiatif lain.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: